PERTANDINGAN CATUR TERBUKA KEDAH 2011
ANJURAN BERSAMA
SMK BANDAR SUNGAI PETANI DAN PERSATUAN CATUR NEGERI KEDAH.
TARIKH : 29-1-2011
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH BANDAR SUNGAI PETANI
JALAN PAHLAWAN (JALAN KE SWISS INN HOTEL)
KATEGORI : 1. TERBUKA
2. BAWAH 18 TAHUN
3. BAWAH 12 TAHUN
NATIONAL RATED EVENT
1. Format pertandingan.
1.1 Pertandingan dijalankan mengikut system Swiss dalam 7 pusingan.
1.2 Kesemua pertandingan dijalankan secara individu.
2. Syarat-Syarat Penyertaan
2.1 Peringkat umur pertandingan ialah :
2.1.1 Kategori Terbuka.
2.1.2 Kategori Bawah 18 tahun.
2.1.3 Kategori Bawah 12 tahun.
2.2 Penyertaan terhad kepada 200 peserta sahaja.
2.3 Pendaftaran pemain adalah terbuka (Lelaki dan Wanita).
3. Sistem Pertandingan
3.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut sistem Swiss 7 pusingan dan pemain teratas diisytiharkan sebagai juara.
3.2 Satu undi bebas akan dijalankan untuk menentukan nombor pemain supaya “ pairing “ dan jadual dapat disediakan.
3.3 Pemain yang disebut dahulu akan memulakan perlawanan dengan buah putih.
3.4 Masa permainan akan diberikan selama 25 minit seorang sehingga tamat. Masa menunggu “waiting time“ adalah selama 15 minit sahaja. Pemain yang datang selepas masa ini akan dikira kalah “lost on time”.
- Tentatif Atur Cara Pertandingan
| Masa | Aktiviti |
| 8.00 – 8.50 pagi | Ketibaan peserta dan pengesahan pendaftaran |
| 9.00 – 9.50 pagi | Pusingan 1 |
| 10.00 – 10.50 pagi | Pusingan 2 |
| 11.00 – 11.50 pagi | Pusingan 3 |
| 12.00 – 12.50 tengah hari | Pusingan 4 |
| 12.50 – 1.50 tengah hari | Rehat/Makan/Solat |
| 2.00 – 2.50 petang | Pusingan 5 |
| 3.00 – 3.50 petang | Pusingan 6 |
| 4.00 – 4.50 petang | Rehat/Makan/Solat |
| 5.00 – 5.50 petang | Pusingan 7(Akhir) |
| 6.00 petang | Perasmian Penutup |
| 6.15 petang | Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah |
| 7.00 petang | Majlis Bersurai |
5. Menarik Diri Atau Menyerah Kalah
5.1 Menarik diri (Walk over) tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, peserta yang berkenaan di anggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan.
5.2 Keputusan – keputusan pertandingan yang terdahulunya bagi pasukan atau peserta yang berkenaan tidak diambil kira.
6. Sistem Pemutus
6.1 Pemain yang mendapat jumlah mata yang tinggi pada pusingan akhir dikira pemenang.
6.2 Jika jumlah mata sama, sistem pemutus berikut diguna pakai:
6.2.1 Sistem BUCHHOLZ.
6.2.2 Sistem MEDIAN BUCHHOLZ
6.2.3 Sistem PROGRESS
7. Etika Pemain dan Syarat Pertandingan.
7.1 Setiap peserta dikehendaki memakai kasut.
7.2 Pakaian haruslah kemas dan sopan. Pemakaian seluar pendek tidak adalah dilarang.
7.3 Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau ditukarkan kepada nada gegaran. Peserta adalah dilarang untuk menjawab panggilan semasa dalam perlawanan.
7.4 Peserta tidak dibenarkan membuat bising, menghisap rokok, makan, minum atau membawa minuman keras ke dalam dewan pertandingan.
7.5 Setiap peserta hendaklah berada di meja perlawanan apabila jadual perlawanan di paparkan.
7.6 Pemain tidak dibenarkan membuat gangguan semasa lawannya.
7.7 Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan adalah dilarang.
8. Bantahan
8.1 Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur. Keputusan pengadil adalah muktamad.
8.2 Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada Urus setia dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan berserta wang cagaran RM 500. (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal.
9. Kategori Hadiah
a) KATEGORI TERBUKA
| Johan | N.Johan | Ke-3 | Ke-4 | Ke-5 | Ke-6 | Ke-7 | Ke-8 | Ke-9 | Ke-10 |
| RM500 + Medal + Sijil | RM400 + Medal + Sijil | RM300 + Medal + Sijil | RM200 + Medal + Sijil | RM100 + Medal + Sijil | RM90 + Medal + Sijil | RM80 + Medal + Sijil | RM70 + Medal + Sijil | RM80 + Medal + Sijil | RM50 + Medal + Sijil |
Terbaik Wanita
| Terbaik | RM50 + Medal + Sijil |
Terbaik Guru
| Terbaik | RM50 + Medal + Sijil |
Terbaik SMKBSP
| Terbaik | RM50 + Medal + Sijil |
b) KATEGORI BAWAH 18 TAHUN
| Johan | N.Johan | Ke-3 | Ke-4 | Ke-5 | Ke-6 | Ke-7 | Ke-8 | Ke-9 | Ke-10 |
| RM200 + Medal + Sijil | RM100 + Medal + Sijil | RM90 + Medal + Sijil | RM80 + Medal + Sijil | RM70 + Medal + Sijil | RM60 + Medal + Sijil | RM50 + Medal + Sijil | RM40 + Medal + Sijil | RM30 + Medal + Sijil | RM30 + Medal + Sijil |
Terbaik Perempuan
| Terbaik | RM50 + Medal + Sijil |
Terbaik Bawah 16
| Terbaik | RM50 + Medal + Sijil |
Terbaik Bawah 14
| Terbaik | RM50 + Medal + Sijil |
Terbaik SMKBSP (S)
| Terbaik | RM50 + Medal + Sijil |
c) KATEGORI BAWAH 12 TAHUN
| Johan | N.Johan | Ke-3 | Ke-4 | Ke-5 | Ke-6 | Ke-7 | Ke-8 | Ke-9 | Ke-10 |
| RM200 + Medal + Sijil | RM100 + Medal + Sijil | RM90 + Medal + Sijil | RM80 + Medal + Sijil | RM70 + Medal + Sijil | RM60 + Medal + Sijil | RM50 + Medal + Sijil | RM40 + Medal + Sijil | RM30 + Medal + Sijil | RM30 + Medal + Sijil |
Terbaik Perempuan
| Terbaik | RM50 + Medal + Sijil |
ü Seorang pemain hanya berhak kepada 1 hadiah sahaja. (Mana yang tertinggi)
10.0 Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi :
| 1. En. Mohd Hafez b. Kamarudin (Penyelaras Pertandingan). 2. Pn. Rohani Bt Hat (JK Pendaftaran Pertandingan) | TELEFON : 019-5449082 (9.00am-4.00pm)
TELEFON : 012-6837747 (9.00am-4.00pm) |
| Email : chessclub2011@gmail.com | |
| BORANG YANG LENGKAP BOLEH DI HANTAR MELALUI : Ø EMAIL: chessclub2011@gmail.com Ø Faks : 04-4230840 Ø SMS dengan menyertakan : Nama , Kad Pengenalan Dan Kategori Pilihan ke No. 012-6837747 |
ü Tarikh TUTUP PENDAFTARAN adalah pada 27 JANUARI 2011 (KHAMIS).
Maklumat pertandingan boleh layari melalui laman web Syed Chess.com
ü Yuran penyertaan hendaklah dibayar pada hari pertandingan 29 Januari 2011
(Sabtu).
ü Pendaftaran lewat (selepas 27 Januari 2011) akan didenda sebanyak RM 5.
PERTANDINGAN CATUR TERBUKA KEDAH 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN BERSAMA SEK. MEN. KEB. BANDAR SUNGAI PETANI DAN PERSATUAN CATUR NEGERI KEDAH
BORANG PENYERTAAN
TARIKH PERTANDINGAN : 29 Januari 2011 (SABTU) 8.00 PAGI
TEMPAT PERTANDINGAN : Sek. Men. Keb. Bandar Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah
KAWALAN MASA : 25 MINIT
FORMAT PERTANDINGAN : 7 PUSINGAN
YURAN PENYERTAAN : Mengikut Kategori.
TARIKH TUTUP : 27 Januari 2011 (Khamis)
| NAMA | : |
| ||||
| NO. KAD PENGENALAN | : |
| ||||
| ALAMAT | : |
| ||||
|
|
|
| ||||
|
|
|
| ||||
| NO. TELEFON | : | (H/P) | (P) | (R) | ||
| CATUR | X | ||
| 1. | TERBUKA | Yuran Penyertaan : RM 25 (AHLI RM20) |
|
| 2. | BAWAH 18 TAHUN | Yuran Penyertaan : = RM 15 (AHLI RM10) |
|
| 3. | BAWAH 12 TAHUN | Yuran Penyertaan : = RM 10 (AHLI RM5 ) |
|
*Peserta hanya dibenarkan menerima satu hadiah sahaja. AHLI PERCAK YURAN DIKURANGKAN
PENGAKUAN DIRI
Saya seperti nama di atas dengan ini bersetuju mengikut segala undang – undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini.
Tandatangan : _________________ Tarikh : __________________
